khairuddin-attakiri

Just another WordPress.com weblog

Archive for March, 2008

SUNNAH ALLAH UNTUK MANUSIA

Posted by khairuddinattakiri on March 30, 2008

Sunnah Allah untuk alam kehidupan manusia iaitu segala perlakuannya adalah pertengahan antara alam Malaikat dan alam Syaitan. Malaikat dipermudahkan untuk melakukan kebaikan di mana mereka melakukan segala apa yang disuruh serta bertasbih menyucikan Tuhan malam dan siang tanpa henti. Syaitan pula dipermudahkan untuk melakukan kejahatan dan menggoda manusia tanpa pernah lalai. Sementara alam manusia dijadikan pelbagai rupa.

Posted in RENUNGAN | Leave a Comment »

SEJARAH RINGKAS NEGERI TERENGGANU 3

Posted by khairuddinattakiri on March 27, 2008

Kedudukan Geografi Dan PendudukNegeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan ; manakala di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang. Read the rest of this entry »

Posted in SEJARAH | Leave a Comment »

SEJARAH RINGKAS TERENGGANU 2

Posted by khairuddinattakiri on March 27, 2008

Kedatangan Islam

Setakat ini tidak dapat dipastikan dengan tepat tarikh atau tahun dan dari mana kedatangan Islam ke Terengganu. Namun begitu pada Batu Bersurat Terengganu tercatat tahun Hijrah 702, bersamaan 1303. Tahun ini disetujui setakat ini tercatat di Batu Bersurat dan bukan bermakna Islam bermula di Terengganu pada tahun tersebut. Dengan ini bermakna Agama Islam telah bertapak di Terengganu sebelum tahun 1303. Perkembangan Islam di Terengganu sebelum tahun tersebut membolehkan penulis batu bersurat menulis jawi dan golongan tertentu di Terengganu boleh membaca jawi. Read the rest of this entry »

Posted in SEJARAH | Leave a Comment »

SEJARAH RINGKAS NEGERI TERENGGANU

Posted by khairuddinattakiri on March 27, 2008

Kesultanan Terengganu

Pengasas Kesultanan Terengganu pada hari ini ialah Sultan Zainal Abidin I. Baginda ialah putera Tun Habib Abdul Majid atau dikenali juga dengan panggilan Bendahara Padang Saujana. Mengikut buku Tuhfat al-Nafis karangan Raja Ali Haji, Tun Zainal Abidin ditabalkan sebagai Sultan Terengganu oleh Daeng Menampuk atau Raja Tua di atas pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Sumber yang lain pula dinyatakan Tun Zainal Abidin ditabalkan di atas tahta Kerajaan Negeri Terengganu oleh Phra Chau Yang, Raja Pattani. Read the rest of this entry »

Posted in SEJARAH | Leave a Comment »

KEMELUT MB TRG: ANTARA AHMAD SAID & IDRIS JUSUH

Posted by khairuddinattakiri on March 24, 2008

Berita Harian 24 Mac KUALA TERENGGANU: Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Idris Jusoh, menerima keputusan Istana Terengganu melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Ahmad Said, sebagai Menteri Besar yang baru. “Kita terimalah keputusan (istana) saya tak pergi larang pun… tak apa-apa. Ada tak kita kata nak pergi langgar keputusan… kita hormati keputusan yang dibuat oleh istana,” katanya. Pada sidang media di kediamannya di Batu Burok di sini semalam, Adun Jertih itu bagaimanapun berkata, rakyat Terengganu nampaknya tidak begitu puas hati dengan apa yang berlaku.
Read the rest of this entry »

Posted in BERITA | Leave a Comment »