khairuddin-attakiri

Just another WordPress.com weblog

SUNNAH ALLAH UNTUK MANUSIA

Posted by khairuddinattakiri on March 30, 2008

Sunnah Allah untuk alam kehidupan manusia iaitu segala perlakuannya adalah pertengahan antara alam Malaikat dan alam Syaitan. Malaikat dipermudahkan untuk melakukan kebaikan di mana mereka melakukan segala apa yang disuruh serta bertasbih menyucikan Tuhan malam dan siang tanpa henti. Syaitan pula dipermudahkan untuk melakukan kejahatan dan menggoda manusia tanpa pernah lalai. Sementara alam manusia dijadikan pelbagai rupa.
Orang yang berakal perlu mempunyai saat-saat untuk dia bermunajat dengan Tuhannya, saat-saat untuk dia menilai kembali dirinya, saat-saat untuk dia berfikir meneliti ciptaan Allah dan saat-saat untuk dia menunaikan keperluan dirinya seperti makan dan minum.
Ibn Qayyim berpendapat, setiap orang perlu mendapatkan ruang yang cukup untuk menghiburkan hati dan berehat untuk menghilangkan kepenatan dan keletihan, memperbaharui kecergasan dan daya kerja dan memperkuatkan tenaga untuk bergerak.
Sammak bin Harb menceritakan bahawa dia pernah bertanya kepada Jabir bin Samurah:
‏أَكُنْتَ تُجَالِسُ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ نَعَمْ كَثِيرًا كَانَ لَا يَقُومُ مِنْ مُصَلَّاهُ الَّذِي ‏ ‏يُصَلِّي فِيهِ الصُّبْحَ أَوْ الْغَدَاةَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ فَإِذَا طَلَعَتْ الشَّمْسُ قَامَ وَكَانُوا يَتَحَدَّثُونَ فَيَأْخُذُونَ فِي أَمْرِ الْجَاهِلِيَّةِ فَيَضْحَكُونَ وَيَتَبَسَّم[1]ُ
[1] Hadis Riwayat Muslim no 286, Kitab Masjid-Masjid Dan Tempat-Tempat Solat, Ahmad
Maksudnya:
Pernahkah kamu mendampingi Rasulullah sallallahu alaihi wasallam? Jawab Jabir: “Pernah! Baginda suka mendiamkan diri. Para sahabat Baginda pula selalu mendendangkan syair di samping baginda dan bercerita tentang perkara-perkara yang berlaku di zaman Jahiliyyah sambil bergelak ketawa. Apabila mereka ketawa baginda akan tersenyum.
Rasulullah saw sukakan perkara-perkara yang menggembirakan dan menceriakan. Justeru itu baginda memohon kepada Allah agar dijauhi daripada kesedihan.
Para sahabat Nabi saw juga bergurau-senda dan bergelak ketawa. Sayyidina Ali berkata: “Hiburkanlah hati dan carilah ungkapan bijaksana yang melucukan kerana hati juga menjadi jemu sepertimana jasad.”[1]
[1] Diriwayatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi dalam al-Jami` li akhlak al-Rawi wa Adab al-Sami`, juz 2, hlm. 129.
Dr Yusof al-Qaradawi menyebut: ”ketawa merupakan antara keistimewaan manusia. Binatang tidak boleh ketawa kerana ketawa datang hasil satu bentuk kefahaman dan pengertian terhadap satu ucapan yang didengarinya atau satu kejadian yang disaksikannya. Rentetan itu dia ketawa. Kerana itu dikatakan manusia adalah haiwan yang ketawa. Benarlah ucapan yang menyatakan: saya ketawa, justeru saya adalah manusia.”[1]
[1] Fiqh al-Lahw wa al-Tarfih, Maktabah Wahbah, hlm. 20.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: