khairuddin-attakiri

Just another WordPress.com weblog

Archive for April, 2008

ZIARAH ROMBONGAN DARI KEMAMAN KE DARUL FUQAHA

Posted by khairuddinattakiri on April 29, 2008

Khamis 1 mei 2008 dua buah bas mengandungi 80 ahli rombongan dari Kemaman, Terengganu di ketuai ust Hazeri calon pilihanraya dun kijal 2008 akan singgah berehat di Darul Fuqaha dalam rangka ziarah rasmi mereka ke pejabat menteri besar selangor. saya diminta untuk menyampaikan tazkirah ringkas untuk ahli rombongan. ust hazeri merupakan rakan senior saya ketika menuntut di Thanawi Sek Agama Sultan zainal Abidin dari tahun 1989-1992 dahulu.

Posted in INFO KOMUNITI | Comments Off on ZIARAH ROMBONGAN DARI KEMAMAN KE DARUL FUQAHA

LAWATAN ILMU KE UNIVERSITI DIMASYQ SYRIA

Posted by khairuddinattakiri on April 28, 2008

sudah lama blog ini saya tak sempat update. maaf pada rakan-rakan yang sentiasa mengikutinya. selama seminggu bermula 18.4.08 – 24.4.08 saya berada di syria untuk urusan jaringan akademik antara ukm dan Univ. Damsyiq. Saya bertindak sebagai setiausaha rombongan di mana Prof. Dr. Idirs Zakaria, timbalan dekan FPI, UKM sebagai ketua rombongan dan ust Hakim Zainal sebagai ahli. Ahamdulillah banyak perkara yang dirancang dapat realisasikan. Yang penting ialah kejayaan membuat MOU antara UKM dan Univ Damsyiq di mana mou mengandungi terma-terma yang membolehkan para tutor ukm menyambung pengajian master di sana, kerjasama penyelidikan antara universiti, pemeriksaan tesis master dan phd, seminar bersama dan penghantaran pelajar bachelor untuk mengambil kursus bahasa arab di sana. Read the rest of this entry »

Posted in INFO KOMUNITI | Leave a Comment »

KURSUS BAHASA AL-QURAN BERMULA 7MEI

Posted by khairuddinattakiri on April 28, 2008

Kursus Bahasa Al- Qur’an selama tiga bulan sebagaimana yang diiklankan sebelum ini akan dimulakan pada hari rabu 7 mei jam 8-10 mlm insyallah. kepada yang berminat boleh mengesahkan pendaftaran mereka dengan ust azlan 0192677703

Posted in INFO KOMUNITI | Leave a Comment »

PROGRAM UMRAH

Posted by khairuddinattakiri on April 28, 2008

REHLAH IBADAH UMRAH & ILMU
BESERTA ZIARAH KE JORDAN 2008

Bersama al-Ust Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Tarikh : 26 Mei – 9 Jun
RM 5,900.00

HARGA PAKEJ TERMASUK :
Tiket Kapal Terbang Pergi Balik, Airport tax, Visa , Penginapan,
Pengangkutan , Ziarah, Makan & Minuman serta PENGISIAN ILMU DAN TUNJUK AJAR IBADAH
Percuma : Zam-zam 10 liter. Bag galas & Buku Panduan Umrah
KURSUS ASAS UMRAH SEBELUM BERANGKAT DI MALAYSIA
HANYA UNTUK 25 ORANG SAHAJA
HUBUNGI UST KHAIRUDDIN SENDIRI 0133621236 Read the rest of this entry »

Posted in INFO KOMUNITI | Leave a Comment »

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2008

Posted by khairuddinattakiri on April 6, 2008

PESTA BUKU PWTC Pesta Buku Antarabangsa KL telah bermula jumaat 4 April di PWTC. Darul Fuqaha sendiri tidak berkesempatan untuk menyertai pameran tersebut disebabkan beberapa keadaan yang tidak mengizinkan. Malah beberapa syarikat pengedar buku Islam yang biasanya menyertainya sepanjang tahun juga tidak melibatkan diri sebagai peserta seperti Syabab Media. Bangi. Antara sebabnya kebimbangan kehadiran orang ramai kerana sebahagian booth ditempatkan di bangunan kedua di seberang sungai. Read the rest of this entry »

Posted in INFO KOMUNITI | Leave a Comment »

FILEM FITNA:- GEERT WILDERS BELANDA & GEERT WILDERS MALAYSIA

Posted by khairuddinattakiri on April 6, 2008

Isu filem Fitna yang mencerca islam menarik perhatian ramai umat Islam termasuk umat Islam di Malaysia. Pelbagai pihak mengemukakan tindak balas mereka. Ada yang menerusi perkataan. Ini boleh diperhatikan menerusi akhbar, blog, laman web, sms yang disebarkan dan percakapan seharian. Ada pula menerusi perbuatan. Antara perbuatannya ialah berdemonstrasi membantah filem tersebut. Alhamdulillah semua respon ini menunjukkan bahawa majoriti umat islam masih sensitif dengan perkara-perkara yang melibatkan kehormatan Islam. Masih berbaki iman umat ini untuk mengengkari kemungkaran. Mereka masih mengenali erti kemungkaran. Read the rest of this entry »

Posted in ARTIKEL | Leave a Comment »