khairuddin-attakiri

Just another WordPress.com weblog

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2008

Posted by khairuddinattakiri on April 6, 2008

PESTA BUKU PWTC Pesta Buku Antarabangsa KL telah bermula jumaat 4 April di PWTC. Darul Fuqaha sendiri tidak berkesempatan untuk menyertai pameran tersebut disebabkan beberapa keadaan yang tidak mengizinkan. Malah beberapa syarikat pengedar buku Islam yang biasanya menyertainya sepanjang tahun juga tidak melibatkan diri sebagai peserta seperti Syabab Media. Bangi. Antara sebabnya kebimbangan kehadiran orang ramai kerana sebahagian booth ditempatkan di bangunan kedua di seberang sungai.
 Sepanjang pemerhatian saya semalam bangunan kedua tersebut kebanyakannya ditempatkan beberapa jabatan kerajaan dan agensi-agensi swasta serta penerbitan universiti. Booth mereka ini hakikatnya tidak mendapat sambutan yang memberansangkan. kebanyakan pempamer popular berada di bangunan utama.

Apa pun para pencinta buku tidak wajar ketinggalan untuk menghadirinya, Di sinilah peluang keemasan untuk menatapi buku-buku baru yang diterbitkan oleh para penerbit negara.

Bagi peminat buku-buku Islam dalam bahasa Melayu, kelihatan gerai al-Hidayah Publisher dan Berlian Publication menampilkan banyak buku-buku baru. al-Hidayah mengambil 10 gerai pada tahun ini berbanding Berlian yang hanya mengambil 4 booth. Cuma yang tidak kelihatan ialah Telaga Biru. Gerainya tidak saya temui. Dalam senarai pempamer pun tidak ada. Tetapi dalam IKIM hebat dipromosikan pertemuan-pertemuan dengan para penulis buku Telaga Biru. Saya cuba menghubungi Ust zahazan tapi gagal…apa pun besok saya akan kembali meninjau buku-buku baru di sana insyaAllah…buat para pengunjung blog ini…jom jumpa di sana….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: