khairuddin-attakiri

Just another WordPress.com weblog

LAWATAN ILMU KE UNIVERSITI DIMASYQ SYRIA

Posted by khairuddinattakiri on April 28, 2008

sudah lama blog ini saya tak sempat update. maaf pada rakan-rakan yang sentiasa mengikutinya. selama seminggu bermula 18.4.08 – 24.4.08 saya berada di syria untuk urusan jaringan akademik antara ukm dan Univ. Damsyiq. Saya bertindak sebagai setiausaha rombongan di mana Prof. Dr. Idirs Zakaria, timbalan dekan FPI, UKM sebagai ketua rombongan dan ust Hakim Zainal sebagai ahli. Ahamdulillah banyak perkara yang dirancang dapat realisasikan. Yang penting ialah kejayaan membuat MOU antara UKM dan Univ Damsyiq di mana mou mengandungi terma-terma yang membolehkan para tutor ukm menyambung pengajian master di sana, kerjasama penyelidikan antara universiti, pemeriksaan tesis master dan phd, seminar bersama dan penghantaran pelajar bachelor untuk mengambil kursus bahasa arab di sana.
Ditaqdirkan Allah, sahabat lama saya Prof. Dr. Hasan Bugha (anak dr. mustafha bugha penulis kitab fiqh manhaji dan ulama terkenal syria) sekarang merupakan dekan fakulti syariah univ damsyiq, justeru keadaan itu memudahkan banyak urusan jaringan dibuat. Banyak bantuan yang beliau hulurkan untuk merintis jalan kpada MOU tersebut.
Dan menariknya, Darul Fuqaha pun tumpang sekaki. Hasil hubungan peribadi saya dengn Prof. Dr Hasan Bugha saya mengambil peluang juga untuk membuat MOU antara Darul Fuqaha dan Kuliyah Syariah bagi menghantar pelajar Diploma Syariah Kolej Pengajian Islam dan Tahfiz Fuqaha (UPITAF)untuk menyambung pengajian Bachelor mereka di sana insyaAllah, dan juga perbincangan sedang dibuat untuk mewujudkan program master dan phd di UPITAF dengan pensyarah Fakulti Syariah UNiv Dimasyq sebagai tenaga pengajar, penyelia dan pemeriksa tesisnya insyallah.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: