khairuddin-attakiri

Just another WordPress.com weblog

BIODATA

AL-UST MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI


1. Keluarga:
Dilahirkan di Kg Seberang Takir, K. Trg pada 1973. Anak sulong daripada 16 orang adik-beradik.  Ibu beliau meninggal ketika berumur 16 tahun dengan meninggalkan 7 orang lagi adik yang perlu diberikan kasih sayang.
2. Pendidikan
Berkelulusan Bachelor Bahasa Arab & Kesusasteraannya di Univ. of Jordan (1996), Master Bahasa Arab & Kesusasteraannya di Aal al-Bayt University, Mafraq, Jordan (2000) dan sedang menunggu proses pemeriksaan tesis Phd. Pengajian Islam di UKM (September 2007).
Tesis Master beliau bertajuk  “Dilalat Huruf al-Atf wa al-Jarr wa Atharuha fi Fahm al-Nas al-Tashriei” maksudnya “Makna Partikel Setara dan Kata Tugas Serta Pengaruhnya Dalam Memahami Teks Syarie. Tesis Phd beliau pula bertajuk “Retorik Partikel Waw Dalam al-Qur’an Dan Pengaruhnya Terhadap Tejemahan Makna al-Qur’an Ke Dalam Bahasa Melayu”.
3. Pengalaman
Beliau pernah bertugas sebagai pensyarah UIA (1999-2002)
4. Tugas, Jawatan & Kegiatan
Sekarang beliau merupakan Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, UKM, Pengerusi & Pengasas Darul Fuqaha, Pengerusi & Pengasas Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Presiden Kolej UPITAF),Pengerusi SRIP Tahfiz Kajang dan ALP SRIP K. Trg, Pengasas dan Presiden Nadwah Ilmuan Muslim, Exco Persatuan Ulama Malaysia, Pengerusi Sekreteriat Penerbit & Pengedar Buku Islam Malaysia (SPEEDI) dan Ahli Majlis Buku Islam Malaysia.
Beliau cergas sebagai Penceramah (di masjid, tv dan radio), Penulis (buku, artikel dan makalah), Penerbit (buku-buku Islam, Penggiat Sosial dan Pengamal Perubatan Islam.
Di TV1 beliau selalu dijemput untuk slot Bicara Islam, Selamat Pagi Malaysia di samping slot-slot lain yang tidak berkala.
Di TV 3 beliau kerap kali dijemput untuk rancangan Hidayah di samping rancangan-rancangan lain.
Di Radio 1 beliau pernah mengendalikan rancangan belajar bahasa al-Qur’an sejak 2000-2005, iktibar al-Qur’an (2006-2007), Sirah Nabawiyyah (2006-2007). Di IKIM pula beliau menyampaikan slot Hadis 40 setiap pagi rabu (Januari-Jun 2007) di samping slot-slot lain seperti Bicara Addin.
5. Karya Penulisan
Dalam penulisan beliau pernah menjadi kolumnis majalah MINDA  keluaran karangkraf (2003-2004) dan Majalah Dara.com (2005) di samping artikel di Berita Harian dan Utusan Malaysia.
Antara buku karangan beliau ialah Terjemahan Tafsir al-Munir, Kenapa Haram Berurusniaga Dengan Yahudi Dunia, Hak-hak Bukan Islam Dalam Negara Islam, Hukum Wanita Jadi Imam; Kontoversi Solat Jumaat Dr. Amina Wadud, Perspektif Islam, Hiburan dan Gurau Senda Menurut Islam, Hukum Intipan Khalwat; Menilai Pandangan Kontroversi Mufti Perlis.
6. Perhubungan
Beliau boleh dihubungi di talian 013 3621236 email attakiri@ukm.my.com. / attakiri@gmail.com / attakri@yahoo.comArtikel dan tulisan beliau boleh dilayari di http://www.darulfuqaha.com dan http://www.syeikh-takiri.blogspot.com .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: