khairuddin-attakiri

Just another WordPress.com weblog

Archive for the ‘SEJARAH’ Category

SEJARAH RINGKAS NEGERI TERENGGANU 3

Posted by khairuddinattakiri on March 27, 2008

Kedudukan Geografi Dan PendudukNegeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan ; manakala di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang. Read the rest of this entry »
Advertisements

Posted in SEJARAH | Leave a Comment »

SEJARAH RINGKAS TERENGGANU 2

Posted by khairuddinattakiri on March 27, 2008

Kedatangan Islam

Setakat ini tidak dapat dipastikan dengan tepat tarikh atau tahun dan dari mana kedatangan Islam ke Terengganu. Namun begitu pada Batu Bersurat Terengganu tercatat tahun Hijrah 702, bersamaan 1303. Tahun ini disetujui setakat ini tercatat di Batu Bersurat dan bukan bermakna Islam bermula di Terengganu pada tahun tersebut. Dengan ini bermakna Agama Islam telah bertapak di Terengganu sebelum tahun 1303. Perkembangan Islam di Terengganu sebelum tahun tersebut membolehkan penulis batu bersurat menulis jawi dan golongan tertentu di Terengganu boleh membaca jawi. Read the rest of this entry »

Posted in SEJARAH | Leave a Comment »

SEJARAH RINGKAS NEGERI TERENGGANU

Posted by khairuddinattakiri on March 27, 2008

Kesultanan Terengganu

Pengasas Kesultanan Terengganu pada hari ini ialah Sultan Zainal Abidin I. Baginda ialah putera Tun Habib Abdul Majid atau dikenali juga dengan panggilan Bendahara Padang Saujana. Mengikut buku Tuhfat al-Nafis karangan Raja Ali Haji, Tun Zainal Abidin ditabalkan sebagai Sultan Terengganu oleh Daeng Menampuk atau Raja Tua di atas pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Sumber yang lain pula dinyatakan Tun Zainal Abidin ditabalkan di atas tahta Kerajaan Negeri Terengganu oleh Phra Chau Yang, Raja Pattani. Read the rest of this entry »

Posted in SEJARAH | Leave a Comment »